Projek hub nenas di Kuala Langat mensasarkan Yankee & MD2 sebagai produk utama. Buat masa ini saya hanya menjual dan memasarkan nenas terus dari ladang. Nenas ini merupakan nenas yang terbaik dari segi kualiti kerana dikendalikan di bawah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Buat masa sekarang, saya mempunyai kedai nenas di Banting. Lokasi yang strategik yang terletak berdekatan Jambatan Utama Pulau Carey.
Produk
nenas yang berkualiti sudah pasti akan memberikan impak yang positif
untuk jangka masa panjang. Sehubungan dengan itu saya memasarakan nenas
dari ladang di bawah kendalian Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.
Produk ini mempunyai kualiti yang tinggi dan sudah pasti berbeza dengan
produk nenas lain di pasaran.
Mulai
1 Februari 2015 saya telah membuka gerai di pasar minggu banting. Gerai
di pasar minggu beroperasi dari jam 6am - 11am. Disebabkan saya membuka
gerai di sini, kedai induk berdekatan Jambatan Utama Pulau Carey
terpaksa dibuka agak lewat iaitu pada jam 1pm. Kedai induk beroperasi
dari 1pm - 7pm. Pembukaan gerai di pasar minggu memberi impak yang
positif untuk menarik lebih ramai pelanggan. Diharapkan dengan adanya
blog ini, saya dapat meluaskan lagi pasaran nenas di Kuala Langat dengan
lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment